Saturday 20 August 2011

Merungkai Gejala Murtad di Malaysia

Gerakan Kristianisasi di Malaysia

Sejarah telah mencatatkan bahawa kemegahan dan keagungan Islam mula dicarikkan sedikit demi sedikit bersama runtuhnya Daulah Islamiah Uthmaniyyah pada tahun 1942. Daulah yang diamanahkan untuk menjaga hak asasi manusia telah hancur lebur. Malah hari ini kita menyaksikan akidah yang menjadi benteng kekuatan umat Islam juga mula diruntuhkan setelah 74 tahun runtuhnya ad-Daulah al-Islamiah.

Mutakhir ini gejala murtad mula menyerang orang-orang Islam di Malaysia. Apa yang menyedihkan ialah kebanyakan yang terlibat ialah anak-anak yang kurang berpendidikan agama, walaupun tidak dinafikan sesetengah daripada mereka telah dibekalkan secangkiran ilmu agama, tetapi ia terlalu nipis untuk menjadi benteng serangan murtad. Setakat pemerhatian penulis, antara agama yang menjadi pilihan untuk dianuti oleh orang Melayu (murtad kepada agama lain) ialah Kristian, Hindu dan Buddha, di mana agama Kristian yang merupakan agama paling aktif berbanding dengan agama lain kerana ia melibatkan gerakan tersusun oleh misionaris antarabangsa, manakala mereka yang murtad kepada agama Hindu dan Buddha hanya melalui proses perkahwinan dan percintaan secara rambang. Gerakan Kristianisasi di Malaysia inilah yang merupakan fokus perbincangan artikel ini, Insya’ Allah.

Sejarah telah menujukkan proses Kristianisasi ini telah mula bertapak di Tanah Melayu semenjak penjajahan Portugis 1511 Masehi lagi. Sekiranya kita melihat Kota Melaka kita akan dapati di sana terdapat banyak gereja-gereja yang dicat warna merah. Itulah tempat batu asas agama Kristian di Malaysia. Di dalam Kota Melaka terdapat satu kubur mendiang ketua paderi Melaka berdiri megah dalam A Famosa. Walau bagaimanapun proses Kristianisasi di Tanah Melayu kurang berjaya sehinggalah Malaya mencapai kemerdekaannya pada tahun 1957 Masehi.

Kemerdekaan Malaya diharapkan dapat menghapuskan saki-baki gerakan tersebut. Tetapi peristiwa Natrah menggugat sentimen orang Melayu Islam. Sekali lagi maruah umat Islam tercabar. Peristiwa yang menjadi catatan sejarah penting umat Islam itu amat melukakan hati umat Islam. Tetapi yang menyedihkan apabila kerajaan Malaya ketika itu tidak menjadikannya iktibar untuk memelihara kesucian akidah umat Islam Malaya. Hari ini kesan tersebut telah mula dirasai, generasi era kemerdekaan tidak dibekalkan pendinding iman yang kukuh, akidah Islam di tahap yang menyedihkan, budaya barat menjadi ikutan sesetengah golongan muda. Penulis juga mengenali beberapa orang Melayu yang mengaku dirinya Islam tetapi pulang awal pagi dalam keadaan mabuk. Kesannya, akidah umat Islam mula goyah.  
untuk info seterusnya sila klik disini

Ini di sokong lagi dengan seorang yang menggelarkan mereka sebagai pemimpin Malaysia seperti di bawah :

Menggunakan element baru dalam alaf ke 21

diri ini sebenarnya masih lagi jauh untuk menggapai ilmu berkaitan dunia siber.... tetapi desakan masa dan peredaran zaman menyebabkan kita perlu berubah dan terus berubah.... walaupun semua manusia adalah "resist to change" soooneer or later kita perlu untuk berubah..... bersedialah diriku untuk belajar satu lagi ilmu pada malam ini..hihihihihi bersediakah aku???????


Kita apa yang kita makan :)

Setelah berada selama dua hari di Pan Pacific Hotel.... perut telah menunjukan perubahan yang drastik melalui kemasukan pelbagai jenis makanan dan juga juadah berbuka puasa.... dari kambing,ayam,udang,ikan...sampai ke pelbagai jenis kurma.....

teringat dulu time dinner fakulti, Prof Madya Yoep Bidin pernah mendeklimasikan sebuah puisi bertajuk "kita adalah apa yang kita makan" amat menarik dan dalam bunyinya....menyebabkan saya terkedu....btol..kita adalah apa yang kita makan...... penyakit semua datang dari apa yang kita mkn...

p/s : jadi kesimpulanya..... jaga pemakanan kita....long live semua..jgn jd mcm neneksemput.....








video terpanas



Ramadhan 1429
20 Ramadhan 1429

Siaran lansung dari Masjid Tuaran. Ceramah Ramadhan melalui KITA.fm pada jam 4 petang. Selamat mendengar.

Hadis Hari Ini, Sabtu 20 Ogos 2011
Hadis 20 : Dari Abu Abbas, Sahil bin Saad As-Sa'idd r.a, berkata : 'Telah datang seorang lelaki kepada Rasulullah SAW dan bertanya : ' Ya Rasulullah, tunjukkan aku suatu amalan, sekiranya aku buat, nescaya aku dicintai oleh Allah dan orang ramai. ' Maka dijawab Nabi : ' Hendaklah zahid di dunia, nescaya engkau dicintai oleh Allah dan engkau zahid pada apa yang ada di sisi manusia, maka nescaya engkau dicintai oleh orang ramai. '

baca selanjutnya disini